Quantcast
Channel: Puakajoran.blogspot.com
Viewing all 124 articles
Browse latest View live

KEEP CALM AND CANDAT 2014 ON Yang Ceria

$
0
0
Setelah tewas dan kecundang di Perairan Pemanggil angkara tekong yang kuat tidur, Group Penjoran PLUS tidak lemah semangat. Kali ini dengan kapisiti penjoran yang lebih besar. Menjelajah di Perairan Terengganu pula. Misi KEEP CALM AND CANDAT 2014 ON . Terengganu yang ceria memberi pengalaman tidak ternilai.






Apapun saya masih kempunan kerana program yang dianjurkan masih dalam waktu kerja.Terpaksa berinteraksi melalui alam maya.

3 Jun Insyaallah trip malam di Pulau Sembilan pula.

Tokanpuakajoran:Dari Paya Turun ke laut.

Aksi Halil, Rakanpuakajoran Di Sungai Kurau @ Sungai Gedong

$
0
0
Sungai Kurau @ Sungai Gedong tidak pernah menghampakan rakan-rakan joran seperti Halil dan Juragan Nizam Balun. Jika ada kelapangan di situlah kelibat mereka kelihatan. Bukan sahaja Sang Toman, kaloi dan lampam menjadi mangsa pancing mereka, adakalanya "Sang Bedal" juga turut melahap umpan mereka.








Kelibat "Sang Bedal" sedang mengintai umpan yang dilabuhkan.



Bingkisan Tasik Kenyir

$
0
0
Tasik Kenyir syurga pemancing ikan air tawar.Kesempatan balik kampung, Abu Afaf sempat beraktiviti menjoran kelah.

Satu daripada 3 ekor kelah yang ditumpaskan.Lokasi pancing, Sungai Cacing. Umpan sawit.

Trip Pulau Sembilan 3 Jun 2014

$
0
0
 
Sebelum berlepas ke Tuas Yan untuk Misi Tenggiri 11 Jun bersama-sama "Tekong Bri 40" ada baiknya saya paparkan Trip Pulau Sembilan 3 Jun lepas sebagai pemanas acara. 
Misi ini adalah bertujuan menjejak jenahak Pulau Sembilan. Kami dijadual berlepas sebelum pukul 3.00 petang. Kami tiba lewat.











Kelewatan kami sampai di lokasi diakibatkan oleh masalah dalam perjalanan, disusuli pula tiupan angin yang agak kencang sewaktu meredah samudra melengahkan sedikit aktiviti kami.



Tidak banayak aksi menarik pada tarikh itu, kebanyakan aksi streotaip. Casting dan casting dan mangsanya hanya talang seberat bawah 2 kg.

Disebabkan Sang Talang yang menggila kami tidak sempat melabuhkan "Jig" untuk mengumpan Sang GT

Kecekapan Tekong Mat Rapi menjejak lubuk memaksa lebih 30 ekor Talang  saiz M tunduk kepada kumpulan pemancing seramai 3 orang dalam masa  kurang  2 jam.
 
Aktiviti kami diteruskan dengan mencandat sotong sebagai persediaan memburu jenahak dan kerapu Pulau Sembilan.Kegiatan sedikit terganggu kerana Sang Sotong tidak begitu aktif kerana air yang tersangat jernih.
 
Setelah umpan dianggarkan cukup kami berlepas menjejaki lubuk, namun hampa kerana jenahak tidak aktif. Hanya seekor jenahak kecil (tetanda) 2 ekor kerapu dan seekor alu-alu yang mahu meragut umpan.


 
Misi kami berakhir kira-kira pukul 4.00 pagi.














Terima kasih Tekong Mat Rapi. Beliau mencadangkan 10 Jun ini untuk trip ulangan memandangkan air yang cantik dan  cuaca yang baik namun kami terpaksa menolak kerana Misi Tenggiri pada 11 Jun.

Anak Ikan Paus ditemui Mati di Sungai Udang,Yan - Berita Arkib

$
0
0

BEBERAPA kanak-kanak mengangkat bangkai anak ikan paus yang ditemui tersangkut di pukat nelayan
di Kampung Sungai Udang, Yan semalam.


YAN - 14 Dis. 2008, Ramai penduduk Kampung Sungai Udang di sini terkejut dengan penemuan seekor anak ikan paus seberat kira-kira 40 kilogram yang tersangkut di jaring nelayan yang sedang memukat ikan pada jarak 500 meter dari pantai di sini tengahari semalam.

Namun, anak ikan paus itu yang dipercayai terpisah dari ibunya ditemui tidak bernyawa ketika diangkat naik ke bot oleh Arshad Baharom, 52 tahun.

Anak ikan paus berukuran 1.42 meter panjang itu dipercayai jenis 'fin' berdasarkan sirip belakang yang pendek, bukaan mulut yang panjang serta bergaris lurus selari dengan matanya.

Menurut seorang pegawai Perikanan yang ditemui ditempat kejadian berkata, anak ikan paus itu dipercayai terpisah daripada ibunya sebelum memasuki perairan Yan.

"Ia dipercayai mati akibat luka semasa berusaha untuk melepaskan diri dari pukat.

"Beberapa bahagian siripnya menggelupas dan terdapat kesan darah manakala bahagian lain badannya masih dalam keadaan elok," katanya.

Sementara itu, Arshad yang ditemui berkata, selama lebih 40 tahun bekerja sebagai nelayan pantai inilah kali pertama pukatnya tersangkut anak ikan paus.

"Saya berasa hairan apabila pukat yang sedang ditarik keatas bot menjadi teramat berat, sedangkan tidak banyak ikan yang tersangkut," katanya.

Walaupun mendapati anak ikan paus itu telah mati, Arshad membawanya pulang dan memaklumkan perkara itu kepada rakan-rakannya.

Salah seorang rakannya kemudian memaklumkan kepada Jabatan Perikanan yang tiba sejurus selepas itu sebelum membawa ikan itu ke Pusat Perikanan di Batu Maung, Pulau Pinang untuk diselidik.

Ikan lumba-lumba terdampar, anak paus termasuk pukat

 
BEBERAPA kanak-kanak mengangkat bangkai anak ikan paus yang ditemui tersangkut
 pada pukat nelayan di Kampung Sungai Udang, Yan, Kedah, semalam.

PULAU PINANG 14 Dis. - Orang ramai yang sedang beriadah sambil memancing di kawasan Padang Kota di sini, gempar apabila bangkai seekor ikan lumba-lumba ditemui terdampar di pantai tersebut.

Panjang mamalia berkenaan dianggarkan melebihi dua meter dengan berat mencapai 200 kilogram.

Kakitangan awam, Muhamad Afizudin Abdullah, 25, berkata, mamalia itu yang ditemui kira-kira pukul 3 petang dipercayai mati beberapa hari lalu berdasarkan bau bangkai yang busuk dan terdapat kecederaan di kepalanya.

''Saya bersama beberapa rakan yang lain sedang bersiar-siar di kawasan ini setelah menjamu selera di restoran berdekatan.

''Tiba-tiba kami terlihat seekor ikan besar terapung-apung di laut. Apabila ikan tersebut menghampiri benteng, kami kemudiannya turun dan menarik ikan tersebut naik ke atas supaya dapat ditonton oleh orang ramai yang lain. Kami ingatkan ikan apa, rupa-rupanya ikan lumba-lumba," katanya.

Bangkai ikan lumba-lumba itu kemudiannya diletakkan di atas simen berhampiran kawasan berkenaan.

Sementara itu di YAN, KEDAH, penduduk Kampung Sungai Udang gempar apabila seekor anak ikan paus seberat 40 kilogram ditemui tersangkut pada pukat milik seorang nelayan kira-kira 500 meter dari pantai Sungai Udang hari ini.

Anak ikan paus berukuran 1.42 meter itu dikatakan jenis Fin berdasarkan keadaan sirip belakang dan mulutnya.

Ia dipercayai sesat semasa terperangkap dalam pukat milik Arshad Baharom, 52, yang sedang mencari ikan di perairan tersebut kira-kira pukul 12 tengah hari.

Menurut Arshad, pada mulanya, dia menyangka mendapat ikan besar selepas mendapati pukat yang ditariknya terlalu berat.

"Pukat yang ditarik amat berat sedangkan pada awalnya saya sudah periksa dan dapati tidak banyak ikan yang tersangkut.

"Namun, selepas menaikkannya ke atas bot, saya terkejut kerana mendapati ia seekor ikan paus," katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Arshad bagaimanapun berkata, ketika dinaikkan, anak ikan paus terbabit didapati sudah tidak bernyawa lagi.

"Saya ingin buang semula anak ikan ini ke laut. Namun, selepas berfikir sejenak tak sampai hati pula buang," katanya.

Menurut nelayan itu, dia kemudian menghidupkan enjin laut dan membawa pulang bangkai ikan terbabit ke pantai sebelum memanggil penduduk kampung melihatnya.

"Sepanjang hampir 30 puluh tahun menjadi nelayan, inilah kali pertama saya jumpa ikan paus di kawasan perairan Yan," jelasnya.

Dalam pada itu, seorang jurucakap Jabatan Perikanan ketika ditemui di tempat kejadian memberitahu, anak ikan paus tersebut dipercayai tersesat daripada ibunya sebelum memasuki perairan Kuala Muda dan Yan.

"Berdasarkan pemeriksaan awal, terdapat beberapa kesan luka pada anggota badan ikan tersebut.

"Kita tidak menolak kemungkinan ia mati ketika berusaha melepaskan diri dari pukat terbabit," jelasnya.

Beliau berkata, anak ikan tersebut akan dibawa ke Pusat Perikanan Batu Maung, Pulau Pinang untuk tujuan penyelidikan.

Hampir Kumpau di Tuas Yan

$
0
0
  
Tidak banyak yang boleh diceritakan, mungkin Trip terakhir sebelum menjelang Ramadhan dan hari Raya. Bertemankan peralihan Monsun dan ditambah pula dengan ramalan fenomena El Nino akan berlaku tidak lama lagi kami nekad meredah samudra untuk misi menjinakkan tenggiri lagi

Pagi 11 Jun kami telah bersedia di Pengkalan Nelayan Sungai Udang menantikan tekong bot "Bri 40"



RPj Cikgu Wahidan,RPj Nizam Balun, RPj  Izhar telah membuat persiapan rapi untuk bertarung.

Tiba di Tuas sejam kemudian, memang banyak anak ikan sekitar tuas. Kami mencari umpan hidup walaupun umpan kembung sebanyak 5 kg telah kami sediakan sejak awal pagi. Harga ikan kembung umpan di pasar mencecah RM 8.00 memberi petanda kami akan kumpau.

Tidak peduli, biarpun hasil yang kami jangkakan tidak seberapa namun kami tetap berpegang dengan prinsip belum cuba belum tahu, rezeki Allah siapa yang tahu, yang penting perlu usaha.





RPj Cikgu Wahidan walaupun nampak tidak bermaya mampu juga menewaskan Sang Talang seberat 2 kg. Hanya seeekor tenggiri yang mampu kami bawa balik setelah RPj Izhar berjaya memecah kebuntuan. Selepas itu umpan kami kerap dicuri Sang Golok (Belitung). Tidak banyak yang tumpas, 1 Tenggiri,3 belitung, 2 Pecah Periauk, 3 Talang, 1 Jenahak selebihnya ikan-ikan kecil seperti cencaru dan pelata. Meskipun tewas namun kami dapat merasa beberapa sentapan kuat sang tenggiri dan GT, lebih 7 kali namun kami gagal mendaratkan dengan sempurna.

 Bergerak untuk misi memburu jenahak pada sebelah malam.

 Mencari umpan sotong untuk memburu Sang Jenahak.




Misi Jenahak gagal, hanya 3 ekor ikan tetanda yang mehu menjamah umpan. Kehampaan kami tidak tergambar sehinggakan terlupa untuk bergambar dengan ikan-ikan yang diperolehi.

Msi seterusnya mungkin pada 7 Syawal - Lokasi : Nibung Tebal - Tokanpuakajoran.

Rezeki anak laut terjejas


Alor Setar:12 Jun,2014 - Lebih 200 nelayan di negeri ini berdepan kesulitan apabila sumber rezeki mereka didakwa terjejas akibat kekurangan hasil tangkapan laut sejak dua minggu lalu disebabkan peralihan monsun barat daya selain faktor cuaca tidak menentu.

Malah, kebanyakan nelayan mula risau dengan ramalan fenomena El Nino dijangka berlaku di Asia Tenggara berpanjangan sehingga enam bulan.

Tinjauan Harian Metro di pelantar ikan Kampung Seberang Kota, Kuala Kedah, di sini, semalam mendapati kebanyakan nelayan tidak turun di ke laut disebabkan sukar mendapat hasil tangkapan seperti yang diharapkan.

Kebanyakan mereka hanya berehat di pelantar sambil membaiki jala yang rosak selain bot sehingga dapat turun ke laut semula apabila keadaan mengizinkan.

NAZROL Abdul Rahim, 16, memeriksa pukat di Pelantar Ikan Kampung Seberang Kota, Kuala Kedah.


Nelayan Mohd Zamani Yaakob, 35, berkata dia bersama dua rakannya keluar ke laut sejak jam 5 pagi hingga 11 pagi semalam, tetapi hanya pulang membawa satu kilogram (kg) ikan kembung dalam tempoh tujuh jam berada di lautan.

Katanya, jumlah hasil yang diperoleh tidak berbaloi untuk dijual dan terpaksa dibahagikan antara mereka untuk dibawa pulang untuk dimakan sendiri.

“Sebelum ini kami mampu membawa pulang sehingga 50 hingga 60kg ikan sehari dan menjualnya kepada peraih di pelantar ini, tetapi sekarang kami sukar untuk menjualnya disebabkan tangkapan yang diperoleh begitu sikit.

“Sekarang ini sedang berlaku peralihan monsun dan hasil tangkapan berkurangan berbanding sebelum ini dan ditambah pula dengan ramalan fenomena El Nino akan berlaku tidak lama lagi menyebabkan kami bimbang terputus mata pencarian,” katanya ketika ditemui, di sini. - METRO.

Umpan Tajur dimakan Buaya

$
0
0

Razali mengangkat buaya julung sebelum dibawa ke warung berhampiran.
Razali mengangkat buaya julung sebelum dibawa ke warung berhampiran.


KUALA TERENGGANU – Kegembiraan seorang lelaki untuk mendapatkan ikan bertukar cemas apabila taut (tajur) yang dibiarkan semalaman di Sungai Tekah dekat Kampung Kesom Che Nordin, Manir, dimakan seekor buaya julung seberat 33 kilogram, Jumaat lalu.

Mat Razali Ismail, 51, yang sering menahan taut di sungai itu sekiranya ada kelapangan, pada mulanya menyangka mata taut miliknya itu dimakan ikan tapah, tetapi sangkaannya nyata meleset apabila buaya yang tersangkut.

“Saya tahan tauk (dalam lohgat daerah) petang Khamis dan datang semula hari ini (Jumaat) kira-kira jam 9 pagi. Apabila saya menghampiri tauk ini, ia seolah-olah ditarik sesuatu yang besar. Dalam hati saya berkata, pasti seekor ikan tapah, tetapi apabila semakin dekat, saya lihat kelibat seekor buaya.

“Pada mulanya saya hanya mendiamkan diri kerana memikirkan sama ada mahu menarik buaya ini ke darat atau membiarkan ia melekat pada mata tauk, tetapi akhirnya saya mengambil keputusan untuk tarik ke darat.

“Ketika itu, saya seorang diri (dalam perahu), tetapi dengan berbekalkan sedikit ilmu bagi menenangkan buaya, saya kuatkan semangat dengan mengusung buaya julung itu ke darat setelah mengikat mulutnya, kemudian saya bawa menaiki motosikal sejauh empat kilometer ke warung berhampiran,” katanya.

Razali kemudiannya menghubungi Perhilitan Terengganu untuk memaklumkan penangkapan itu dan pada sebelah petang (Jumaat), buaya sepanjang 2.1 meter diserahkan kepada jabatan berkenaan.

Bagaimanapun, kata Razali, kejadian itu adalah kali kedua berlaku pada dirinya, di mana kejadian pertama berlaku kira-kira 10 tahun lalu di sungai sama.

“Saya memang tahu sungai ini banyak buaya, tetapi haiwan ini tidak akan kacau kita kalau kita tidak kacau dia (buaya),” katanya.

Pada masa sama, Razali berkata, dia tidak serik untuk terus menahan taut di sungai berkenaan kerana itu adalah hobinya pada masa lapang - SINAR.

Cara Memancing Teknik Jigging

$
0
0
Pulau Sembilan dan Pulau Jarak dalam negeri Perak adalah antara lokasi yang amat sesuai bagi  kaki pancing yang gemarkan aktiviti memancing secara jigging.

Memancing menggunakan teknik jigging memerlukan pemancing melakukan cara karauan dan henjutan yang betul.

Teknik yang biasa diamalkan oleh pemancing adalah dua kali karauan yang diikuti oleh henjutan. Aktiviti tersebut hendaklah berterusan sehinggalah jig hampir sampai ke permukaan.


Perlu diingat, sebenarnya kelajuan karauan jig bergantung kepada nisbah ratio gear reel Jigging yang  digunakan. Pemancing digalakkan menggunakan reel gear ratio bawah 5.1.1.

Selain itu, rod yang digunakan seharusnya jenis lembut dan ringan tetapi kuat. Tali pula sebaik-baiknya tali benang halus tetapi mempunyai kualiti dan tahap kekuatan yang tinggi.

Mata jig juga perlu dipelbagaikan.Terdapat pelbagai jig dipasaran.Pemancing boleh menggunakan jig yang beratnya antara 60 - 100 gram jika berada di Perairan Pulau Sembilan, Perak.

Kesesuaian jig mengikut kedalaman dan arus disesuatu lokasi. Penggunaan warna dan mata kail yang sesuai pula mengikut jenis ikan yang mendiami sesuatu lubuk.

Antara perkhidmatan / pengusaha bot ke Pulau Jarak :(Pulau Jarak sport fishing service)

TUNA 2 boatman Sen Stw
h/p 0135337050
Length 36ft
Width 10ft
Twin YAMAHA 200hp
1 day trip (8am-7pm)
RM1700 max 8 persons(212.50 per person)
2 day 1 night (12pm-12pm of next day)
RM2400 max 7 persons

TUNA 3 boatman Cong
h/p:0125255369
Length 42ft
Width 11ft
Twin SUZUKI 300hp
1 daytrip(8am-7pm)
RM2100 max 10 persons
2 day 1 night
RM2600 max 8 persons
All the price including mineral water&ice





Untuk maklumat lanjut teknik memancing secara "jigging" sila layari halaman berikut:

http://lafish.shimano.com/



Hasil Jigging di Pulau Sembilan 11 Jun 2014, Rindunya Bau Laut....

$
0
0
11 Jun 2014 kami berpecah di dua lokasi. Lan Trolak, Abang Misai dan seorang lagi sahabat baharu yang masih belum saya kenal namanya mengharungi samudra beraksi di Pulau Sembilan, Perak. Seperti biasa, Tekong Mat Rafi diberi kepercayaan untuk mengepalai misi. Hasilnya, mewah! GT berskala M dan L, Talang,Cencaru Kuda, Alu-alu dan kerapu.....

Lihat aksi Abang Misai. Sejak tidak memakai misai rezekinya menjadi-jadi.

 Sahabat yang belum saya kenali ini turut beraksi cemerlang.
Lan Trolak @ Mat Stella... Otai pancing yang tidak jemu ke lokasi.... Tak Tahan dibuatnya...hampir setiap minggu, tubuhnya tercegat di lokasi....dari Utara hinggalah ke Selatan. Khabarnya 26 Jun ini ada lagi trip yang diatur olehnya.
 Memunggah hasil laut Pulau Sembilan.
 
 
 





Meskipun kumpulan kami (Rakanpuakajoran) kumpau di Tuas Yan, kami tetap tidak berputus asa. Trip kami mungkin berehat sehinggalah Aiddil Fitri ke 7. Jangkamasa tersebut terlalu lama.....Rindunya membau laut!

Penangkap udang diserang buaya di Sungai Rompin

$
0
0

 
Ewa dibawa ke Hospital Kuantan untuk rawatan akibat parah di lutut kiri 
selepas diserang seekor buaya di Sungai Rompin.

ROMPIN – Seorang lelaki berketurunan Orang Asli yang bekerja sebagai penangkap udang galah dan tinggal di rumah rakit dekat Sungai Rompin berhampiran Kampung Tebu Hitam, di sini, nyaris maut selepas diserang seekor buaya.

Mangsa, Ewa Judak, 34, parah di bahagian lutut selepas haiwan liar itu menggigit anggota badannya ketika dia baru selesai mandi pada petang Sabtu lalu.

Adik ipar mangsa, Kamis Hawa, 30, berkata, ketika kejadian, dia sedang bersembang dengan isteri mangsa dan secara tiba-tiba terdengar jeritan Ewa meminta tolong serta menyuruhnya menghulurkan tombak.

Menurutnya, dia bergegas ke luar rumah dan terkejut melihat Ewa sedang mengerang kesakitan selepas kakinya digigit buaya berkenaan.

“Saya tidak sempat mencapai tombak dan bergegas ke luar rumah untuk melihat Ewa.

“Alangkah terkejut kerana saya dapat melihat dengan jelas kepala buaya kira-kira setengah meter lebar sedang menggigit kaki Ewa,” katanya.

Kamis berkata, dia pantas membantu Ewa dengan mengampu kedua-dua belah ketiak Ewa dan menariknya agar dapat melepaskan diri daripada gigitan haiwan itu.

“Ewa kemudian berusaha membuka mulut buaya menggunakan kedua-dua belah tangannya sambil kaki kanannya menunjal kepala buaya untuk melepaskan diri.

“Akhirnya Ewa dapat melepaskan diri dan buaya tersebut berundur lalu saya segera bawa masuk Ewa ke dalam rumah serta meminta bantuan penduduk kampung untuk membawanya ke Hospital Rompin,” katanya.

Menurut Kamis, Ewa yang tinggal di rumah rakit berkenaan bersama isterinya bernasib baik kerana ketika kejadian, Ewa mandi di atas kayu balak yang menjadi pelampung rumah rakit sekali gus menyebabkan buaya berkenaan tidak dapat bertindak agresif.

“Saiz buaya itu agak besar menyebabkan ia tersepit di celah batang balak berkenaan dan tidak dapat bertindak agresif,” katanya.

Sementara itu, Ketua Kampung Tebu Hitam, Ab Wahab Abdul Rani berkata, kali terakhir kejadian serangan buaya di Sungai Rompin sekitar 1970 dan mangsa sempat menyelamatkan diri tanpa mengalami kecederaan.

“Sudah lama tidak berlaku kejadian seperti ini yang semestinya menimbulkan kebimbangan penduduk dan pemancing luar untuk mencari rezeki di sungai.

“Diharap orang ramai lebih berhati-hati ketika memancing di sungai Rompin agar kejadian sama tidak berulang,” katanya - SINAR.

Warga Emas Tendang Mata Buaya Sambar Kaki Untuk Selamatkan Diri

$
0
0
 
Buaya Sungai Gedong - Gambar Hiasan

Oleh: Abd Rahman Adam

Bekenu: Seorang warga emas berdepan detik menakutkan selepas bergelut hampir lima minit dengan buaya yang membaham kakinya dalam kejadian di Sungai Suai dekat Rumah Panjang Gerang, di sini, kelmarin.
Bagaimanapun, ketika bersiap mahu pulang ke rumah panjangnya, reptilia ganas itu tiba-tiba muncul lalu menyambar kaki kanan Manggin sebelum cuba mengheretnya ke tengah sungai.

Manggin berkata, sebaik kakinya disambar dia menjerit meminta pertolongan anak perempuannya yang kebetulan sedang mandi tidak jauh dari lokasi kejadian supaya mendapatkan bantuan penduduk rumah panjang mereka.

“Buaya itu cuba mengheret saya ke tengah sungai... saya hampir lemas ketika itu. Saya kuatkan semangat dan berkata pada diri sendiri, saya tidak mahu mati lalu menendang mata buaya itu sekuat hati.

“Hampir lima minit saya bergelut, buaya itu kemudian melepaskan gigitannya. Saya berenang ke tebing sungai sambil dibantu anak perempuan dengan kaki kanan berlumuran darah,” katanya ketika ditemui di Hospital Miri, di sini semalam.

Manggin berkata, dia bernasib baik kerana terselamat daripada serangan buaya itu, apatah lagi saiz reptilia itu yang agak besar.

Katanya, insiden serangan buaya itu kali pertama berlaku di kawasan jeti berhampiran rumah panjangnya itu.

“Memang pernah berlaku serangan, tidak sangka kali ini ia berlaku di kawasan kami. “Saya pernah lihat buaya muncul di sungai, namun kejadian yang menimpa saya ini adalah serangan pertama membabitkan penduduk rumah panjang kami,” katanya.

Difahamkan, penduduk rumah panjang Gerang bergantung kepada Sungai Suai untuk mandi dan membasuh pakaian berikutan tiada bekalan air bersih disalurkan kepada penduduk di penempatan terbabit.

Sementara itu, jurucakap Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC) dalam satu kenyataan memaklumkan agensi terbabit sudah menghantar pegawai dan kakitangan dari Pasukan Khas Hidupan Liar (SWAT) untuk melakukan operasi menangkap buaya berkenaan.

“Kita sudah memasang perangkap (pancing) di sungai berkenaan untuk menangkap buaya yang mengganas di sungai berkenaan. “Sehingga hari ini (semalam) belum ada buaya terperangkap di situ,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/02

Selamat Menjalani Ibadah Puasa

$
0
0
SELAMAT DATANG RAMADHAN!

Ramadhan datang lagi, Alhamdulillah syukur tidak terhingga ke hadrat Allah SWT kerana kita dapat bertemu lagi dengan Ramadhan pada tahun ini.

Ramadan, hadirnya dirindui dan dinanti-nantikan oleh orang yang beriman dan perginya akan ditangisi oleh mereka. Ramadan membawa seribu makna, sarat dengan kemuliaan dan keistimewaan. Jika manusia mengerti akan kelebihan Ramadan sudah tentu mereka tidak mahu berpisah dengannya.

Hadirnya Ramadan dengan keberkatan, kedamaian dan ketenangan. Memasuki gerbangnya kita dapat merasai perubahan pada diri dan menyaksikannya dengan rasa keimanan dan kesyukuran.

Walaupun Ramadan memberi gambaran kepada suasana yang panas dan kering namun oleh sebab ibadah ini ditunaikan dengan iman dan taqwa maka segala dugaan menjadi lenyap demi memikul amanah dan tanggungjawab yang telah ditaklifkan Allah SWT kepada umat Islam.

Ya Allah! Keagungan dan KebesaranMu adalah segala-galanya bagi mereka yang bergelar hambaMu. Syukur yang tiada taranya dari hambaMu kerana dipertemukan sekali lagi dengan Ramadan, bulan mulia dan penuh barakah.

KEWAJIPAN BERPUASA
Firman Allah SWT:


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِن قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ

Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.

O ye who believe! Fasting is prescribed for you , even as it was prescribed for those before you , that ye may ward off evil ) ;

信道的人们啊!斋戒已成为你们的定制,犹如它曾为前人的定制一样,以便你们敬畏。
(al- Baqarah: 183)

Ayat ini menunjukkan bahawa Puasa itu adalah wajib dan salah satu daripada Rukun Islam.

PENGERTIAN PUASA

Dari sudut bahasa - Menahan diri daripada sesuatu

Dari sudut Istilah– Menahan diri daripada makan dan minum dan mengelakkan darpada melakukan perkara yang membatalkan puasa bermula dari terbit fajar sadiq sehingga terbenam matahari yang disertakan dengan niat.

PUASA YANG SEMPURNA

Menurut definisi puasa, jika kita menahan diri daripada perkara membatalkannnya maka kita dikira berpuasa dan dari segi hukumnya puasa kita adalah sah.

Perlu diingat, bagi mencapai kesempurnaan puasa tersebut bukan hanya sekadar menahan makan dan minum malah kita perlu memelihara segala hukum yang melibatkan sah dan batalnya juga.

Hadith Rasulullah SAW, maksudnya:

“Ramai orang yang berpuasa tidak mendapat sesuatu dari puasanya selain lapar dan dahaga”
(HR Ibn Majah & Nasaie)

AWASI DAN PELIHARALAH KESEMPURNAAN PUASA

Antara perkara yang mesti diambil perhatian: Mata berpuasa dengan tidak melihat sesuatu yang mungkar dan menimbulkan dosa, Telinga berpuasa hanya mendengar yang baik-baik, Lidah berpuasa hanya melafazkan perkataan yang membawa kebaikan.

Elakkan daripada mengeji, menghina, mengumpat, berbohong, bersaksi palsu, mencarut, menyumpah dan pelbagai dosa lidah yang lain.

Hati disucikan daripada sebarang bentuk penyakit hati seperti riya’, dendam, iri hati, benci sebaliknya. Hiasilah hati dengan sifat-sifat mahmudah seperti ikhlas, tawadhu’, sabar, cintakan kebaikan dan sebagainya.

Tangan hanya untuk menyentuh perkara yang halal sahaja. Pastikan langkah kaki hanya menuju destinasi yang baik dan betul.

PUASA MESTI DENGAN NIAT

Puasa fardhu ini perlu dimulai dengan niat pada sebelah malamnya atau sebelum tamat waktu Imsak.


Lafaz niat sehari /setiap malam:

Lafaz setiap malam. Niat ringkas:
نَوَيْتُ صَوْمَ رَمَضَانَ لِلَّهِ تَعَالَى

Niatnya: Sahaja aku puasa Ramadhan kerana Allah Taala.

Lafaz lengkap:
نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ عَنْ أَدَاءِ فَرْضِ رَمَضَانَ هَذِهِ السَّنَةِ لِلَّهِ تَعَالَى

Niatnya: Sahaja aku puasa esok hari pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.

Sebenarnya bangun untuk bersahur itu sudah dikira berniat untuk berpuasa.

Lafaz niat puasa Ramadhan sepenuhnya untuk sebulan:

Lafaznya:
نَوَيْتُ صَوْمَ شَهْرِ رَمَضَانَ كِلِّهِ لِلَّهِ تَعَالَى
Niatnya: Sahaja aku berpuasa sebulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.

Waktu Berniat

Waktu berniat bermula daripada terbenam matahari, yakni masuk waktu sembahyang fardhu Maghrib hinggalah sebelum terbit fajar shadiq (waktu Subuh). Oleh itu, bolehlah dilakukan niat puasa pada mana-mana bahagian daripada waktu tersebut, walaupun semasa berbuka.

Digalakkan berniat puasa untuk sebulan dengan sekali niat pada malam pertama Ramadhan bagi mengelakkan daripada tidak sah puasa kerana terlupa berniat pada malamnya, kita mengikut Imam Malik yang membolehkan berniat untuk sebulan sekali gus.

Namun begitu, jika puasa Ramadhan kita terputus oleh sesuatu sebab, seperti haidh, sakit atau lain-lain, maka niat puasa sebulan itu tidak lagi memadai untuk hari-hari puasa yang seterusnya, tetapi, hendaklah diperbaharui niat apabila tidak ada lagi perkara yang menghalang daripada puasa berturut-turut tersebut. Maksudnya, dengan memperbaharui niat sekali lagi bagi semua hari-hari puasa Ramadhan yang berbaki, iaitu niatnya:

Sahaja aku berpuasa esok hari untuk menunaikan fardhu Ramadhan pada tahun ini kerana Allah Ta'ala.

Bagi orang yang solat tarawih di masjid, Imam biasanya akan berniat puasa sebelum bersurai. Jika kita turut serta berniat, sudah memadai dan tidak perlu mengulangi lagi niat ketika bersahur.

Ibubapa melatih anak-anak berniat bersama-sama sebelum tidur supaya tidak terlupa di samping dapat mewujudkan rasa kekitaan dan seronok dalam beribadah.

ORANG YANG WAJIB BERPUASA

Islam, Baligh, Berakal, Bebas daripada uzur syarie*

*Uzur syarie yang menegah daripada puasa ialah: Haid Nifas Pitam sepanjang hari

*Uzur syarie yang mengharuskan berbuka puasa ialah: Sakit yang boleh memudharatkan jika berpuasa Bermusafir melebihi dua marhalah Tidak mampu berpuasa disebabkan sakit tua atau penyakit yang tiada harapan untuk sembuh.

TERBATAL PUASA

Jika berlaku salah satu perkara berikut maka puasa akan terbatal:
Makan dan minum dengan sengajasa walaupun sedikit. 
Firman Allah SWT: 
 كُلُواْ وَاشْرَبُواْ حَتَّى يَتَبَيَّنَ لَكُمُ الْخَيْطُ الأَبْيَضُ مِنَ الْخَيْطِ الأَسْوَدِ مِنَ الْفَجْرِ ثُمَّ أَتِمُّواْ الصِّيَامَ

Maksudnya: “Dan makanlah serta minumlah sehingga nyata kepada kamu benang putih (cahaya siang) dari benang hitam kegelapan malam), iaitu waktu fajar. Kemudian sempurnakanlah puasa itu sehingga waktu malam (maghrib)".

(al- Baqarah: 187)

Sekiranya seseorang itu makan secara tidak sengaja misalnya terlupa bahawa dia sedang berpuasa maka puasanya tidaklah menjadi batal namun dia berlu berhenti makan atau minum dengan serta merta.

Keluar haid dan nifas
Wanita yang dalam keadaan haid dan nifas ditegah daripada berpuasa. Jika sedang berpuasa dan darah haidnya keluar sebelum sampai waktu berbuka maka terbatalah puasanya dan mereka perlu mengantikan (qada’) puasa itu pada hari lain..

Muntah dengan sengaja

Muntah dengan sengaja .Rasulullah SAW bersabda maksudnya:

“Sesiapa yang muntah secara tidak sengaja maka tidak ada qada baginya dan sesiapa sengaja muntah hendaklah ia mengqadakan puasanya.”

(HR Abu Daud, Tirmizi dan Ibnu Hibban)

Bersetubuh pada siang hari

Bersetubuh pada siang hari ketika berpuasa dalam bulan Ramadan akan membatalkan puasa. Firman Allah SWT:

 أُحِلَّ لَكُمْ لَيْلَةَ الصِّيَامِ الرَّفَثُ إِلَى نِسَآئِكُمْ هُنَّ لِبَاسٌ لَّكُمْ وَأَنتُمْ لِبَاسٌ لَّهُنَّ
Maksudnya: “Dihalalkan bagi kamu, pada malam hari puasa, bersetubuh dengan isteri-isteri kamu. Isteri-isteri kamu itu adalah pakaian bagi kamu dan kamu pula sebagai pakaian bagi mereka.”

(al-Baqarah: 187)

Selain daripada perkara-perkara yang tersebut di atas perkara berikut juga turut menyebabkan puasa terbatal:
Pengsan,Perempuan yang melahirkan anak ,Mengeluarkan mani dengan sengaja,Gila,Memasukkan sesuatu ke dalam rongga.(kategori rongga ialah; mulut, hidung, telinga, dubur dan kemaluan), dan Murtad .

PERKARA MAKRUH DILAKUKAN KETIKA BERPUASA

Berkumur berlebihan,Merasa makanan dengan lidah,Tidur sepanjang hari,Menggosok gigi selepas gelincir matahari,Mandi terlalu kerap dan lama .

PERKARA-PERKARA  SUNAT DILAKUKAN BAGI MENCAPAI KESEMPURNAAN PUASA

Segera berbuka ketika telah nyata dan yakin terbenamnya matahari

Sabda Rasulullah SAW maksudnya: “Manusia sentiasa dalam kebaikan selama mereka menyegerakan berbuka puasa.”

(HR al-Bukhari dan Muslim) 

Kadar segera yang dimaksudkan ialah apabila terbenam matahari atau masuk waktu maghrib namun sesetengah orang alim berpendapat kadar segera itu dibolehkan sehingga selesainya laungan azan maghrib. Bagi menghormati azan juga dia dikira mendapat pahala juga.

Bersahur

Sabda Rasulullah SAW maksudnya: “Sahurlah kamu sebab pada sahur itu terdapat keberkatan.”
(Muttafaq alaih)

Berbuka dengan buah tamar atau kurma. 

Disunatkan berbuka dengan buah tamar dengan mengambil bilangan yang ganjil. Jika tiada tamar disunatkan bermula dengan segelas air zam-zam atau air sejuk, jika tiada bahan-bahan tersebut disunatkan mendahului dengan makanan-makanan yang tidak dimasak (terkena api).

Berdoa sewaktu berbuka puasa.

Doa Berbuka Puasa

اللهم لك صمت وبك امنت وعلى رزقك أفطرت

Ya Allah, Aku telah berpuasa untuk Kau dan pada Kaulah aku mempercayai dan aku membuka puasa dengan apa yang Kau berikan

Sabda Rasulullah saw yang bermaksud: “Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa, doa tidak akan ditolak.” (HR Ibn Majah)

Melambatkan makan sahur, kira-kira waktu menjelang tamatnya waktu Imsak.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Sesungguhnya melambatkan sahur itu adalah sunnah para Rasul”(HR Ibn Hibban)

Besedekah, membaca quran dan melipatgandakan kebajikan adalah amalan sunat yang sangat digalakkan.

RAMADHAN BULAN AL-QURAN

Sedar ataupun tidak kita, dalam kita menempuh kehidupan ini berbagai-bagai keadaan yang kita alami. Ada masanya kita berhadapan dengan kesenangan dan kemudahan dan ada masanya kita berhadapan dengan kesusahan dan penderitaan. Begitulah lumrah hidup ini. cabaran hidup dan perjalanannya akan berlalu begitu sahaja jika tiada usaha untuk mengambil pengajaran daripadanya. Apa sahaja yang berlaku di sekeliling kita sesungguhnya memilki hikmah yang perlu kita cari. Justeru itulah dalam Al-Quran banyak ayat memerintahkan supaya kita memerhati samaada ianya berkaitan dengan keperluan hidup dunia atau akhirat.

Salah satu kelebihan bulan Ramadhan al-Mubarak ialah ianya bulan yang mana dipilih oleh Allah SWT sebagai bulan turunnya al-Quran. Sebab itulah dalam bulan ini kita juga memperingati satu peristiwa penting dalam Islam iaitu peristiwa Nuzul al-Quran. Firman Allah SWT:


شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِيَ أُنزِلَ فِيهِ الْقُرْآنُ هُدًى لِّلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِّنَ الْهُدَى وَالْفُرْقَانِ فَمَن شَهِدَ مِنكُمُ الشَّهْرَ فَلْيَصُمْهُ وَمَن كَانَ مَرِيضاً أَوْ عَلَى سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِّنْ أَيَّامٍ أُخَرَ يُرِيدُ اللّهُ بِكُمُ الْيُسْرَ وَلاَ يُرِيدُ بِكُمُ الْعُسْرَ وَلِتُكْمِلُواْ الْعِدَّةَ وَلِتُكَبِّرُواْ اللّهَ عَلَى مَا هَدَاكُمْ وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ

(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu; dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah ia berbuka, Kemudian wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan Ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur.

The month of Ramadan in which was revealed the Quran , a guidance for mankind , and clear proofs of the guidance , and the Criterion ( of right and wrong ) . And whosoever of you is present , let him fast the month , and whosoever of you is sick or on a journey , ( let him fast the same ) number of other days . Allah desireth for you ease ; He desireth not hardship for you ; and ( He desireth ) that ye should complete the period , and that ye should magnify Allah for having guided you , and that peradventure ye may be thankful .

赖买丹月中,开始降示《古兰经》,指导世人,昭示明证,以便遵循正道,分别真伪,故在此月中,你们应当斋戒;害病或旅行的人,当依所缺的日数补斋。真主要你们便利,不要你们困难,以便你们补足所缺的日数,以便你们赞颂真主引导你们的恩德,以便你们感谢他。

(al Baqarah: 185)

Bersempena dengan bulan Ramadhan yang di dalamnya berlakunya nuzul al-Quran, sama-samalah kita meningkatkan kesedaran dan kesediaan untuk mempelajari, membaca, meneroka dan menghayati al-Quran. Sesungguhnya al-Quran itu mengandungi banyak rahsia, khazanah, ilmu dan petunjuk yang dapat dijadikan panduan untuk mencapai kecemerlangan hidup di dunia dan kesejahteraan di akhirat kelak.

Isi kandungan al-Quran bukan sahaja menyentuh soal tauhid dan iman semata-mata tetapi sarat dengan himpunan panduan dan peraturan hidup dan kehidupan. Orang yang dekat dengan al Quran tidak mengenepikan hukum Allah SWT manakala orang yang jauh daripada ruh al-Quran dan panduan agama dan hanya berteraskan kepada pemikiran manusia semata-mata akan membawa kerosakan kepada manusia sejagat. Justeru itu, insafilah akan firman Allah SWT yang bererti:

"Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya Yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)". (ar-Rum : 41)

Bagi mengoptimumkan pemanfaatan terhadap al Quran sebagai penjana kecemerlangan ummah, umat Islam perlulah bijak bermuamalah dengan al Quran. Antara langkah yang sangat penting yang perlu dilakukan oleh semua umat Islam ialah mempelajari al-Quran supaya boleh membaca dan memahaminya. Pemahaman yang tepat serta mampu mengambil pengajaran sangat penting supaya segala tindakan kita adalah bersesuaian dengan dasar-dasar yang telah ditentukan oleh Allah. Penghayatan yang bersifat menyeluruh serta usaha peningkatan terhadap penerokaan isi kandungan al-Quran perlu diusahakan secara maksima sepanjang hayat.

KESAN/ PENGARUH IBADAH PUASA.

Semasa bulan Ramadhan kita dilatih untuk mempertingkatkan amalan dengan kepelbagaian ibadah khusus yang ternyata ada kelebihan yang tersendiri. Ibadah puasa wajib pada bulan Ramadhan menyimpan banyak kelebihan untuk membentuk insan bertaqwa. Allah SWT menyediakan kelebihan yang khusus pada ibadah ini justeru itulah kita berusaha untuk menyempurnakan. Hal ini digambarkan dalam hadith maksudnya:

"Kecuali puasa kerana sesungguhnya ia untukku dan aku membalasnya. Ini disebabkan mereka meninggalkan syahwatnya dan makanannya semata-mata keranaku. Bagi orang yang berpuasa mendapat dua kegembiraan: Kegembiraan ketika berbuka dan kegembiraan ketika bertemu Tuhannya. Bau mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah daripada bau kasturi."

(HR Ahmad, al-Bukhari, an-Nasaie & Ibn Majah)

Kelebihan inilah yang mendorong orang-orang yang beriman untuk memperbanyakkan amal kerana mereka yakin dengan janji Allah SWT. Mereka meletakkan harapan yang tinggi untuk menjadi orang yang bertaqwa kerana mereka juga yakin bahawa orang yang paling mulia di sisi Allah SWT adalah orang yang bertaqwa.

Ibadah puasa yang kita lakukan juga dapat melatih dan mendidik kita menjadi orang yang sabar dan mampu mempertahankan diri. Kita terlatih untuk memiliki perisai supaya dapat mengelak diri daripada melakukan sebarang kejahatan daripada semua sumbernya. Orang beriman juga yakin dengan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

"Puasa itu sebagai perisai."

(HR Ahmad & an-Nasaie)

"Puasa adalah separuh kesabaran dan atas setiap sesuatu ada zakatnya dan zakat badan itu dengan berpuasa".

(HR al-Baihaqi)

Ramadhan juga telah menimbulkan kesedaran yang tinggi kepada kita bahawa kita perlu empati pada orang lain. Kepayahan dan cabaran yang dihadapi dalam bulan Ramadhan menimbulkan keinsafan kepada kita bahawa di sana masih terdapat orang-orang yang susah daripada kita. Alhamdulillah kita dapat mengecapi berbagai nikmat. Hasil tarbiyah Ramadhan lahirlah insan-insan yang perihatin dan suka membantu orang lain dengan apa cara sekalipun. Senang sama senang susah sama susah. Ditambah lagi dengan kefardhuan zakat fitrah pada bulan ini, menguji kita supaya menjadi orang-orang yang sanggup berjuang mengeluarkan sedikit wang untuk diagihkan kepada orang-orang yang memerlukannya.

Hakikatnya, jika kita mahu berfikir dan cuba menyelami kelebihan tarbiyyah Ramadan, sesungguhnya banyak sekali kesan dan pengaruhnya. Apa yang perlu kita lakukan ialah melakukan muhasabah diri kita dan berfikir dan terus berfikir kesan ibadah yang kita laksanakan dalam bulan yang penuh keberkatan ini.

Tarbiyah Ramadhan bukan hanya untuk kita perolehi sebulan sahaja, tetapi sebenarnya adalah latihan intensif sebulan yang mana kesannya adalah untuk sepanjang tahun dan seterusnya sepanjang hayat kita. Kita sendiri perlu mempastikan bahawa selepas Ramadhan kita menghayati segala apa yang kita perolehi dalam bulan Ramadhan ini. Kalau dalam Ramadhan kita dapat mendisiplinkan diri dengan solat 5 waktu biarlah ia berterusan sampai ke akhir hayat kita dan dalam keadaan apa sekalipun. Begitulah juga dalam melakukan ibadah yang lain, biarlah kita menjadi hamba Allah SWT yang taat dan setia kepadaNya kerana yakinlah “DARIPADA ALLAH KITA DATANG DAN KEPADANYA KITA AKAN KEMBALI”.

Akhirnya setelah kita melalui Ramadhan, diri  kita diumpamakan berada dalam keadaan yang sangat suci bersih atau kembali kepada keadaan fitrah. Fitrah kita mungkin tersasar atau tercalar sebelum di tarbiyah ketika Ramadhan.Selepas Ramadan, Insyaallah kita dapat menapakkan semula fitrah tersebut pada tapaknya yang asal. Justeru itulah Hari Raya yang kita sambut disebut sebagai hari raya Idil Fitri iaitu hari kemenangan setelah kita kembali menjadi fitrah (bersih).Wallahhuaqlam.

Tokanpuakajoran  1 Ramadan 1436 H

5 wanita berjaya mendaratkan ikan tuna biru bernilai 1.9 juta

$
0
0

Lima gadis berjaya mendarat seekor ikan raksasa seberat 300kg ikan ini adalah jenis tuna sirip biru ini berharga  1.9 juta mengikut harga pasaran, mereka telah dibenarkan untuk menjual ikan tersebut.

Ikan itu ditemui di luar pantai Cornish oleh Sarah Little, 22, Laura Pickervance, 23, Hannah Ford, 24, Shauna Creamer, 23 dan Charlotte Chambers, 24. 

Ia diukur 2.1 meter dan ditemui terapung di dalam air setinggi pinggang di tepi pantai apabila rakan-rakan menikmati percutian di Kingsand, Cornwall. 


Ikan jenis ini pernah di jual dengan nilai 3 juta di Jepun 
Ikan yang sangat jarang dijumpai di perairan British ini di mana ia adalah diharam untuk menangkap nya kerana terikat dengan kawalan peraturan pemuliharaan EU. 

Tetapi sedih untuk gadis-gadis tersebut kerana ikan seberat 300kg telah diambil oleh pegawai-pegawai dari Pengurusan Organisasi Marin, sebahagian daripada Defra, Jabatan Alam Sekitar, Makanan dan Hal Ehwal Luar Bandar. 

Ikan ini dilaporkan akan diserah  kepada pihak berkuasa untuk diangkut ke Universiti Exeter bagi membuat kajian oleh saintis di sana. Dailymail.
  
A Morning In Cornwall  - Zamfir Gheorghe & James Last 
 

Perintah berkurung dilaksanakan di Pantai Timur Sabah

$
0
0
Oleh ILAH HAFIZ AZIZ

KUALA LUMPUR 16 Julai - Kerajaan akan melaksanakan perintah berkurung serta mewujudkan laluan yang telah ditetapkan di perairan Pantai Timur Sabah bagi mengukuhkan keselamatan kawasan tersebut.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, antara langkah drastik lain ialah menambah 330 keanggotaan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan 350 anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam tempoh 48 jam ini.

“Selari itu PDRM dan ATM akan menambah sejumlah besar aset yang telah digerakkan ke sana ketika ini," katanya selepas mesyuarat bersama beberapa kementerian dan agensi kerajaan yang dipengerusikan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, di Bukit Aman hari ini. - UTUSAN

Polis Ambil Tindakan Kepada Wanita Pembuli Jalanan
Oleh NORHIDAYU MOHD. HASSAN

KUALA LUMPUR 16 Julai - Polis akan mengambil tindakan undang-undang terhadap wanita yang didakwa membuli seorang lelaki dengan menggunakan batang kunci stereng kereta seperti yang tersebar dalam laman sosial sejak semalam.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, pihaknya akan menjalankan siasatan mengikut undang-undang berkaitan kerana tindakan wanita tersebut menyalahi undang-undang kerana menjadi pembuli jalanan.

“Apa sahaja melibatkan kemalangan biarlah polis menjalankan siasatan dan jangan sesekali membuat tindakan sendiri seumpama itu," katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Penyerahan Bungkusan Kuih Raya Polis Diraja Malaysia (PDRM) 2014 di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini hari ini. - UTUSAN

Salam Aidil Fitri 1435H/2014

$
0
0

 Mohon Ampun dan maaf dari semua sahabat dan pengunjung blog ini. Kita juga telah melaksanakan ibadah Ramadhan yang telah sampai ke penghujungnya. “Seeru Ala Barakatillah”

كل عام وانتم طيبون

Kullu Amm wa antum Toyyibun

Selamat Menyambut Aidil Fitri 1435H/2014M. Semoga Amalan Kita Diberkati. Dengan ingatan tulus ikhlas.Maaf Zahir dan Batin.

Sekitar Plaza Tol Slim River menjelang Jumaat hingga Ahad sebelum Aidil Fitri 1435.Pada tahun ini Aidil Fitri dirayakan pada hari Isnin, 28 Julai 2014.














Khabar Saudara Kita di Ghazzah: Aidilfitri Disambut Suram, Kematian Cecah 1000, Teruskan Doa Wahai Sahabat, Bantu Saudara Kita!

$
0
0


KUALA LUMPUR: Masyarakat Palestin di sini akan menyambut Aidilfitri dalam suasana suram susulan operasi ketenteraan Israel di Gaza yang setakat ini telah mengorbankan lebih 1,000 orang.

Pengarah Media Pertubuhan Kebudayaan Palestin Malaysia (PCOM) Mohammad Alherbawi berkata sekurang-kurangnya lapan anggota masyarakat Palestin di sini kehilangan keluarga kerana terbunuh dalam operasi ketenteraan Israel.

"Jentera perang Israel menyebabkan kami tidak dapat menikmati kegembiraan pada hari yang mulia ini.

"Bagaimanapun, kami masih menyambut Aidilfitri dan berkumpul untuk membuktikan kepada dunia bahawa rakyat Palestin berhak untuk hidup seperti rakyat di negara lain di dunia," katanya kepada Bernama.

Beliau berkata anggota masyarakat itu akan berkumpul untuk acara kecil-kecilan yang menampilkan ceramah dan sesi khusus untuk kanak-kanak.

Terdapat kira-kira 3,000 orang Palestin di Malaysia ketika ini, katanya.

Sementara itu, Muslim Imran, yang menetap di Malaysia kira-kira 10 tahun, mengaku bukan mudah untuk masyarakat Palestin menikmati 'kuih raya' apabila rakan senegara mereka dibunuh beramai-ramai oleh rejim zionis.

"Kebanyakan rakyat Palestin di sini memutuskan bahawa sambutan Aidilfitri tahun ini akan diadakan secara kecil-kecilan atau dibatalkan," kata beliau yang juga Pengerusi Lembaga Pengarah PCOM.

Beliau berkata satu majlis khas mungkin dianjurkan bagi keluarga mereka yang terbunuh dalam operasi ketenteraan Israel.

Pengarah Eksekutif Yayasan Al-Quds Malaysia Mohammad Makram Balawi pula mengutuk Tel Aviv kerana melancarkan serangan pada bulan Ramadan sehingga menyebabkan bulan mulia ini dicemari dengan darah rakyat yang tidak berdosa.

"Saya menaruh harapan agar kanak-kanak kami sekali lagi akan dapat menyambut Aidilfitri di sebuah negara Palestin yang bebas, dan rakyat Palestin yang kehilangan tempat tinggal dapat kembali ke tanah air.

"Ia akan menjadi saat yang paling gembira untuk kami semua," katanya.

Beliau merupakan penuntut sebuah universiti di sini di peringkat doktor falsafah dan telah menetap di Malaysia sejak lima tahun lepas bersama isteri serta anak-anaknya. Awani 
 
DOA UNTUK SAUDARA -_SAUDARAKU DI GHAZZAH 
 
Ya Allah, selamatkanlah saudara-saudara kami di Gaza yang dizalimi oleh kekejaman rejim Zionis laknatullah.Jauhilah keburukan dan hindari diri,keluarga dan tanah air mereka dari segala bala yang tidak berkesudahan.Tiada sesiapa yang dapat menolong melainkan Engkau Tuhan yang Maha Perkasa.Namun jika itu keputusan Engkau ya Allah untuk mengurniakan Syahid kepada hamba-hambaMu yang terpilih, maka Engkau pilihlah kami juga dengan apacara sekalipun agar turut menjadi sebahagian daripada SyuhadakMu. Amin Ya Rabbal Alamin.

اَللَّهُمَّ انْصُرِ الدُّعَاةَ وَالْمُجَاهِدِيْنَ،اَللَّهُمَّ دَمِّرِ الْكَفَرَةَ وَالْمُشْرِكِيْنَ،وَأَهْلِكْ أَعْدَائَكَ أَعْدَاءَ الدِّيْنِ،اَللَّهُمَّ عَذِّبِ اْلكَفَرَةَ الَّذِيْنَ يَصُدُّوْنَ عَنْ سَبِيْلِكَ، وَيُكَذِّبُوْنَ رُسُلَكَ،وَيُقَاتِلُوْنَ أَوْلِيَائَكَ،اَللَّهُمَّ بَدِّدْ شَمْلَهُمْ وَفَرِّقْ جَمْعَهُمْ،وَزَلْزِلْ أَقْدَامَهُمْ، وَسَلِّطْ عَلَيْهِمْ كَلْبًا مِنْ كِلاَبِكَ،اَللَّهُمَّ يَا مُنْزِلَ الْكِتَابِ،وَيَا مُجْرِيَ السَّحَابِ، وَيَا هَازِمَ الأَحْزَابِ،إِهْزِمْهُمْ وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ،بِقُدْرَتِكَ وَقُوَّتِكَ يَا رَبَّ الْعَالَمِينَ
Qunut Nazilah

Bacaan Qunut merujuk kepada doa yang dibaca di dalam solat pada tempat yang khusus sewaktu berdiri. Qunut Nazilah قنوت نازيله merupakan salah satu daripada tiga jenis qunut yang sunat dibaca mengikut Mazhab Syafii selain qunut dalam Solat Subuh dan qunut pada separuh malam kedua terakhir Ramadan dalam Solat Sunat Witir.

Qunut Nazilah sunat dibacakan ketika umat Islam didatangi bala bencana atau ditimpa musibah seperti peperangan, wabak, kemarau dan sebagainya. Bacaan Qunut Nazilah ini pernah dibacakan oleh Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam ketika kejadian pembunuhan beramai-ramai 60 orang penghafaz al-Quran selama sebulan berdasarkan hadis berikut yang bermaksud: “Sesungguhnya Nabi sallallahu`alaihiwasallam telah membaca doa qunut pada waktu selain dari Subuh ketika turunnya sewaktu pembunuhan sahabat-sahabatnya penghafaz-penghafaz al-Quran.”-Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim-

Tatacara bacaan Qunut Nazilah

Qunut ini boleh dibacakan pada tiap-tiap sembahyang fardhu jika kedatangan bala atau sebarang cubaan dari Allah SWT. Dari Abi Hurairah radhiyallahu `anhu beliau berkata: "Demi Allah, sesungguhnya aku akan mendekatkan kamu cara solat Rasulullah S.A.W. Maka Abu Hurairah melakukan qunut pada solat Zuhur, Isyak dan Subuh. Beliau mendoakan kebaikan untuk kaum mukminin dan memintakan laknat ke atas orang-orang kafir".(Hadis riwayat Imam Bukhari) Abu Hurairah radhiyallahu `anhu juga meriwayatkan bahawa sesungguhnya Nabi S.A.W tidak membaca qunut melainkan apabila beliau berdoa untuk kebaikan seseorang atau mendoakan kehancuran seseorang. Apabila baginda berkata: "sami'allahu liman hamidah" Baginda berkata “Rabbana lakalhamd dan Baginda S.A.W membaca doa”.

Qunut ini dibacakan pada waktu iktidal selepas ruku’ pada rakaat terakhir. 

Diceritakan kepada kami Asim berkata, aku bertanya pada Anas bin Malik tentang qunut, lalu dia berkata sememangnya qunut itu ada. Aku berkata samada sebelum rukuk atau selepasnya, Anas berkata selepas rukuk. Aku berkata lagi, sesungguhnya seseorang telah mengkhabarkan kepadaku bahawa engkau memberitahunya sebelum rukuk. Anas berkata dia berdusta, sesungguhnya Rasulullah S.A.W membaca qunut selepas rukuk selama sebulan dan diperlihatkannya ketika mengutus satu kaum yang dikatakan mereka itu baik bacaannya seramai 70 orang kepada kaum musyrikin yang telah melakukan perjanjian dengan Rasulullah S.A.W.(mengikut riwayat hadis yang lain, 70 orang al-qura’ yang diutuskan oleh Rasulullah tersebut telah dibunuh). Lalu baginda berqunut selama sebulan mendoakan kecelakaan ke atas mereka.(Hadis riwayat Imam Bukhari)

Sunat ditambah bacaan doa ini selepas bacaan qunut harian.

Disunatkan kepada Imam untuk membacanya secara kuat dan diaminkan oleh makmum dalam solat yang berjemaah.

Lafaz doa qunut nazilah


اللهم أَعِزَّ الإسلامَ و المسلمين , اللهم أَذِلََّ الشِركَ و المُشرِكِين , أللهم انْصُرْ اخوانَنَا المسلمين و المجاهدين و المُسْتَضْعَفِين فى كل مكان و فى كل زمان.

Ya Allah, Muliakan Islam dan orang Islam. Ya Allah, Hinakan Syirik dan musyrikin. Ya Allah,Berilah pertolongan kepada saudara-saudara kami yang muslim dan mujahidin serta golongan yang lemah pada setiap tempat dan ketika.
 

اللهم دَمِّرْ أعْدَائَك أعداءَ الدِّين , اللهم أهْلِكِ الكَفَرَةَ و الشِرْكَ و المُنَافقين, اللهم اِنَّنا نَجْعَلُ فى نُحُورِ أعداءِنَا و نَعُوذُ بِك مِن شُرُورِهِم, اللهم بَدِّدْ شَمْلَهُم و فَرِّقْ جَمْعَهم و شَتِّتْ كَلِمَتَهم و زَلْزِلْ أَقْدَامَهم و سَلِّطْ عليهم كَلْبًا مِن كِلَابِك
Ya Allah, Binasakan musuh kamu, Musuh agamaMu. Ya Allah, Hancurkan kekufuran, Syirik dan Munafiq, Ya Allah, Sesungguhnya kami serahkan leher-leher musuh kami  kepada Mu dan kami berlindung dengan-Mu dari kejahatan-kejahatan mereka. Ya Allah, Cerai beraikan pertubuhan mereka, pisahkan kesatuan mereka, selerakkan kalimah-kalimah mereka, gegarkan ketetapan mereka, Kalahkan mereka dengan anjing dari anjing-anjing kamu.
 

يا قهَّار , يا جبَّار , يا مُنْتَقِم , يا الله , يا الله , يا الله , يا رب العالمين
Wahai Tuhan yang Maha Gagah, Wahai Tuhan yang Maha Keras, Wahai Tuhan yang Maha Membalas, Ya Allah, Tuhan Sekelian Alam.

اللهم يا مُنْزِلَ الكتاب و يا مُجْرِىَ السَحاب و يا هَازِمَ الأحزاب , اِهزِم الكفار , اهزم اليهود ومن وَلَّا هُم , وانصُرْنا عليهم

Wahai Allah, tuhan yang menurunkan kitab (al-Quran), tuhan yang menggerakan langit, tuhan yang mengalahkan tentera ahzab, kalahkan kuffar, kalahkan yahudi dan sekutu-sekutunya, tolonglah kami! 
 

اللهم انت قَوِىٌّ و نَحْنُ ضُعَفَاء , نَشْكُوا ضُعْفَ قوتِنا , اللهم انت ربنا و نحن عبادك
Ya Allah, Engkau berkuasa, kami lemah, kami mengadu kelemahan kami. Ya Allah! Engkau Tuhan kami dan kami adalah hamba-hamba kamu. 

اللهم ارْزُقْنا شهادةً فى سبيلك , ربنا أتنا فى الدنيا حسنة و فى الأخرة حسنة , وقنا عذاب النار
Ya Allah! kurniakanlah kepada kami Syahid pada jalanMu. Ya Allah! Berikan kepada kami kebaikan di dunia  dan di akhirat.Selamatkan kami dari Azab neraka.
وصلى الله على رسوله الكريم , و على أله و صحبه أجمعين , و الحمد لله رب العالمين
 

Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta

$
0
0

Mensyukuri Nikmat Kemerdekaan Bagi Seorang Muslim - Sempena Ulang Tahun Kemerdekaan Negara Yang ke 57

 
"Maka akan  lahirlah golongan rakyat yang hidup di Negara merdeka tetapi mempunyai jiwa hamba dan mempunyai minda yang masih tertawan. Tandanya ialah rakyat muslim yang tidak merasa Izzah (mulia) dengan Islam. Tidak merasa mulia jika Negara ini dikaitkan dengan Islam bahkan bersungguh-sungguh menyetujui gagasan sekularnya Negara ini. Dia tidak sedar bahawa sekali kita menyetujui gagasan sekularnya Negara ini, selama-lamanya kita tiada punya lagi landasan untuk menuntut syariah dilaksanakan dalam kehidupan."

الْيَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ وَأَتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ نِعْمَتِي وَرَضِيتُ لَكُمُ الإِسْلاَمَ دِيناً

Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu ugama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redakan Islam itu menjadi ugama untuk kamu.- Petikan Surah al Maidah : ayat 3
Syukur Alhamdulillah, Insya Allah dua hari lagi iaitu pada setiap kali tanggal 31Ogos , kita akan menyambut hari ulang tahun Kemerdekaan Negara. Pada kali ini kita sekali lagi akan menyambutnya iaitu ulang tahun kali ke 57. Satu nikmat yang wajib disyukuri, di isi dan dipertahankan.Sebagai seorang Muslim kita harus mengembalikan nilai kemerdekaan Negara ini dengan nilai-nilai Islam dari segenap sudut.

Islam pada hakikatnya adalah agama pembebasan dan kemerdekaan. Kemerdekaan sebenar ialah apabila kita sebagai individu mahupun secara bernegara mengamalkan ajaran Islam dengan sempurna dan apabila syariat Islam dapat dilaksanakan. Islam satu agama yang memerdekakan manusia dari perhambaan kepada sistem-sistem manusia kepada hanya hidup dalam sistem Allah. Memerdekakan manusia daripada syirik kepada hanya mengesakan Allah. Memerdekakan manusia daripada menjadi tawanan hawa nafsu kepada pengabdian kepada Allah SWT.

Apabila Negara kita merdeka dan telah mengambil Islam sebagai teras dan diabadikan dalam perkara 3 (1) perlembagaan yang memaktubkan:

“Islam ialah agama bagi Persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana Bahagian Persekutuan”

Sepatutnya kita wajib memahami bahawa peruntukan undang-undang ini telah menyediakan tapak asas dan sebagai umat Islam yang menjadi majoriti penduduk Negara ini sepatutnya sepakat mengambil kesempatan berusaha dan menuntut supaya syariat Islam dan keindahan hidup dalam Islam dapat dilaksanakan di Negara ini demi untuk menikmati kemerdekaan sebenar.

Segala usaha untuk mempertikaikan kedudukan Islam di Negara ini mahupun segala usaha untuk menggalakkan penduduk Negara ini terlepas bebas dari hukum hakam agama atas nama perjuangan hak asasi manusia ataupun segala usaha untuk memaksa Negara ini memakai piagam-piagam antarabangsa yang jelas-jelas bertentangan dengan Islam seperti hak untuk murtad mestilah dilihat sebagai langkah yang terkebelakang dan usaha untuk menjerumuskan semula Negara ini dan rakyat nya ke dalam penjajahan baru yang hanya bertukar wajah.

Kemerdekaan Negara yang kita nikmati ini adalah anugerah Allah yang wajib disyukuri dan wajib dipelihara dengan penuh rasa cemburu. Cemburu dengan usaha-usaha gigih pihak yang tidak suka Islam mewarnai kehidupan individu, berkeluarga, bermasyarakat dan bernegara. Perjuangan kemerdekaan sebenarnya tidak berakhir dengan mengenyahkan penjajah dari bumi pertiwi. Negara masih belum cukup aman dari bahaya penjajahan. Sementara usaha membangun semula, memulihkan dari kerosakan-kerosakan yang berlanjutan beratus tahun selama era penjajahan belum diselesaikan secara tuntas, kini kita dihadapkan pula dengan jebakan penjajahan bentuk baru : penjajahan budaya, penjajahan ekonomi, dominasi, globalisasi dan fahaman-fahaman yang sekilas seperti membawa kemajuan, namun telah meminggirkan fungsi Allah dalam mengatur kehidupan seperti liberalism, pluralism dan anti syariah.

Kita sebagai umat Islam sudah kehabisan masa untuk terus membazirkan kekuatan-kekuatan yang masih tersisa ini seperti peluang dari sudut peruntukan undang-undang , kekuatan politik yang masih di tangan umat Islam, kekuatan bilangan majority penduduk Negara ini tersedut habis ke dalam silang sengketa perebutan kuasa dan harta. Menang sorak kampong tergadai. Sebaliknya marilah kita seluruh umat Islam bersepakat meletakkan Islam mengatasi kepentingan lain sebagai pengisian utama kemerdekaan Negara agar kemerdekaan Negara benar-benar kemerdekaan yang hakiki iaitu apabila kita dapat menjalankan syariat dan hukum hakam Allah dalam kehidupan kita.

Fahmi Huwaidy mengungkapkan satu fenomena baru yang lebih buruk daripada penjajahan iaitu iaitu "perhambaan terselubung". Jika penjajahan lebih berupa perompakan kekayaan sesuatu bangsa tetapi perhambaan pula lebih berupa penguasaan terhadap diri sesuatu golongan. Situasi yang demikian juga dikenali sebagai fenomena sentiasa“berjiwa hamba” tetapi bukan hamba kepada Allah tetapi mempunyai minda tawanan yang sentiasa terpesong dripada kehendak agama.

Jika zaman dahulu bentuk perhambaan ialah pemerasan tenaga fizikal demi kepentingan tuannya maka perhambaan bentuk baru ini apabila yang diperas adalah otaknya dan pemikirannya.Maka akan  lahirlah golongan rakyat yang hidup di Negara merdeka tetapi mempunyai jiwa hamba dan mempunyai minda yang masih tertawan. Tandanya ialah rakyat muslim yang tidak merasa Izzah (mulia) dengan Islam. Tidak merasa mulia jika Negara ini dikaitkan dengan Islam bahkan bersungguh-sungguh menyetujui gagasan sekularnya Negara ini. Dia tidak sedar bahawa sekali kita menyetujui gagasan sekularnya Negara ini, selama-lamanya kita tiada punya lagi landasan untuk menuntut syariah dilaksanakan dalam kehidupan.

Bahkan lahir golongan terpelajar peribumi yang terkurung dalam sistem dan orientasi barat sehingga tidak mampu memerdekakan diri dari sudut pandang , minda dan jiwa falsafah kehidupan barat seperti fahaman sekularisme, liberalism dan pluralism barat. Ibarat mereka ini “sarjana-sarjana” burung kakak tua yang hanya tahu meniru , tidak memiliki keaslian intelektual bahkan merelakan diri untuk dijajah selamanya.

Mari kita merdekakan diri dan mengisi kemerdekaan Negara dengan kembali kepada syariat Islam dan kita mulakan kesepakatan itu mulai sekarang.
Marilah sama-sama kita mentaati perintah Allah dan meninggalkan segala laranganNya sebagai pembuktian kepada dakwaan bahawa kita sebagai orang yang bertaqwa. Kedegilan kita dari mentaati perintah Allah akan memberi kesan bukan sahaja kepada diri kita sebagai individu, bahkan ia memberi kesan terhadap keamanan dan kesejahteraan Negara ini. Firman Allah SWT:
أَلَمْ يَرَوْا كَمْ أَهْلَكْنَا مِن قَبْلِهِم مِّن قَرْنٍ مَّكَّنَّاهُمْ فِي الْأَرْضِ مَا لَمْ نُمَكِّن لَّكُمْ وَأَرْسَلْنَا السَّمَاءَ عَلَيْهِم مِّدْرَارًا وَجَعَلْنَا الْأَنْهَارَ تَجْرِي مِن تَحْتِهِمْ فَأَهْلَكْنَاهُم بِذُنُوبِهِمْ وَأَنشَأْنَا مِن بَعْدِهِمْ قَرْنًا آخَرِينَ ﴿٦﴾

Maksudnya: Tidakkah mereka memerhati dan memikirkan berapa banyak umat-umat yang telah Kami binasakan sebelum mereka, padahal (umat-umat itu) telah Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi (dengan kekuasaan dan kemewahan) yang tidak Kami berikan kepada kamu, dan Kami turunkan hujan atas mereka dengan lebatnya, dan Kami jadikan sungai-sungai mengalir di bawah mereka, kemudian Kami binasakan mereka dengan sebab dosa mereka, dan Kami ciptakan sesudah mereka , umat yang lain?( Surah Al-An’aam ayat 6).

فَحُكْمَ الْجَاهِلِيَّةِ يَبْغُونَ ۚ وَمَنْ أَحْسَنُ مِنَ اللَّهِ حُكْمًا لِقَوْمٍ يُوقِنُونَ
Apakah hukum Jahiliyah yang mereka kehendaki, dan (hukum) siapakah yang lebih baik daripada (hukum) Allah bagi orang-orang yang yakin?
(QS: Al-Maidah Ayat: 50)

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَتَّخِذُوا الَّذِينَ اتَّخَذُوا دِينَكُمْ هُزُوًا وَلَعِبًا مِنَ الَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ مِنْ قَبْلِكُمْ وَالْكُفَّارَ أَوْلِيَاءَ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ إِنْ كُنْتُمْ مُؤْمِنِينَ
Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil jadi pemimpinmu, orang-orang yang membuat agamamu jadi buah ejekan dan permainan, (yaitu) di antara orang-orang yang telah diberi kitab sebelummu, dan orang-orang yang kafir (orang-orang musyrik). Dan bertakwalah kepada Allah jika kamu betul-betul orang-orang yang beriman.
(QS: Al-Maidah Ayat: 57)

وَإِذَا نَادَيْتُمْ إِلَى الصَّلَاةِ اتَّخَذُوهَا هُزُوًا وَلَعِبًا ۚ ذَٰلِكَ بِأَنَّهُمْ قَوْمٌ لَا يَعْقِلُونَ
Dan apabila kamu menyeru (mereka) untuk (mengerjakan) sembahyang, mereka menjadikannya buah ejekan dan permainan. Yang demikian itu adalah karena mereka benar-benar kaum yang tidak mau mempergunakan akal.
(QS: Al-Maidah Ayat: 58)

قُلْ يَا أَهْلَ الْكِتَابِ هَلْ تَنْقِمُونَ مِنَّا إِلَّا أَنْ آمَنَّا بِاللَّهِ وَمَا أُنْزِلَ إِلَيْنَا وَمَا أُنْزِلَ مِنْ قَبْلُ وَأَنَّ أَكْثَرَكُمْ فَاسِقُونَ
Katakanlah: "Hai Ahli Kitab, apakah kamu memandang kami salah, hanya lantaran kami beriman kepada Allah, kepada apa yang diturunkan kepada kami dan kepada apa yang diturunkan sebelumnya, sedang kebanyakan di antara kamu benar-benar orang-orang yang fasik?
(QS: Al-Maidah Ayat: 59)


قُلْ هَلْ أُنَبِّئُكُمْ بِشَرٍّ مِنْ ذَٰلِكَ مَثُوبَةً عِنْدَ اللَّهِ ۚ مَنْ لَعَنَهُ اللَّهُ وَغَضِبَ عَلَيْهِ وَجَعَلَ مِنْهُمُ الْقِرَدَةَ وَالْخَنَازِيرَ وَعَبَدَ الطَّاغُوتَ ۚ أُولَٰئِكَ شَرٌّ مَكَانًا وَأَضَلُّ عَنْ سَوَاءِ السَّبِيلِ
Katakanlah: "Apakah akan aku beritakan kepadamu tentang orang-orang yang lebih buruk pembalasannya dari (orang-orang fasik) itu disisi Allah, yaitu orang-orang yang dikutuki dan dimurkai Allah, di antara mereka (ada) yang dijadikan kera dan babi dan (orang yang) menyembah thaghut?". Mereka itu lebih buruk tempatnya dan lebih tersesat dari jalan yang lurus.(QS: Al-Maidah Ayat: 60)

وَإِذَا جَاءُوكُمْ قَالُوا آمَنَّا وَقَدْ دَخَلُوا بِالْكُفْرِ وَهُمْ قَدْ خَرَجُوا بِهِ ۚ وَاللَّهُ أَعْلَمُ بِمَا كَانُوا يَكْتُمُونَ

Dan apabila orang-orang (Yahudi atau munafik) datang kepadamu, mereka mengatakan: "Kami telah beriman", padahal mereka datang kepadamu dengan kekafirannya dan mereka pergi (daripada kamu) dengan kekafirannya (pula); dan Allah lebih mengetahui apa yang mereka sembunyikan.

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Negara kali ke 57 - Tokanpuakajoran untuk Tamanbukitslim.blogspot.com.

Diolah semula daripada Teks Khutbah Jumaat negeri Perak 29 Ogos 2014

Along Ronie, Semoga Cepat Sembuh!

$
0
0
Sudah mencecah usia 14 tahun ketika ini.Sudah remaja.Khabarnya disahkan terkena serangan apendiks dan telah menjalani rawatan/pembedahan di Hospital Taiping pagi tadi.Tidak sempat untuk berziarah. Semoga Along tabah dan cepat sembuh.

* Along adalah anak sulung Allahyarham Ronie.

Takziah Kepada Keluarga RPJ Ustaz Amirul

$
0
0




Hilang sudah dari pandangan

Al fatihah... Rakan-rakan mengucapkan salam takziah kepada Ustaz Amirul, Ustazah Shima dan seluruh ahli keluarga atas kembalinya bonda tersayang sebentar tadi akibat penyakit darah tinggi.

Allahyarham dimasukkan ke hospital Ipoh sejak tiga hari yang lalu kerana tidak sedarkan diri akibat tekanan darah yang keterlaluan.

Allahyarham juga merupakan isteri kepada Arwah Ustaz Arbain, salah seorang penggerak Maahad Abasiah, Sungkai

Difahamkan Ustaz Amirul baru pulang dari Sarawak dan sempat bersama-sama Allahyarham ibunya hingga ke saat akhir memandangkan pada waktu ini sekolah sedang bercuti.

Jenazah akan dibawa pulang ke kediaman mereka di Felda Gunung Besout 2 dan akan di semadikan lewat petang ini. Al Fatihah.


Catatan terdahulu

SARAWAK - Tempat Mengasah Bakat Baru RPj Ustaz Amirul Sebagai Penjoran Tegar

RPJ Ustaz Amirul.Pendatang baru dalam kalangan Rakan Puakajoran.Orangnya pendiam. Salah seorang anak didik SK Besout 3 yang kini bergelar pendidik. Selepas tamat sesi latihan mengajar pada pertengahan tahun 2013, di tempatkan di salah sebuah sekolah rendah di negeri serawak. Sepanjang bermastautin di tempat kelahirannya, tidak pernah langsung menyentuh batang pancing, hobinya lebih menjurus kepada permainan bola sepak dan sukan. Setelah beberapa minggu berhijrah, kebetulan tempat tinggalnya yang baharu berdekatan dengan sungai,laut dan perkampungan, kehidupannya bertukar.Hobinya juga bertukar.Kesempatan bercuti dan pulang bercuti pada penghujung tahun nada ceritanya berubah sama sekali. Ikan dan joran serta hobi lasak ke hutan dan sawah mendenak ayam dan burung.

Rekod Baharu: Kelabau 4.8 Kg Milik RPj Hairi Karnain

$
0
0
 
Sebelum cuti persekolahan keadaan air sungai dalam keadaan baik.Masih terngiang-ngiang di telinga ajakan rakan-rakan untuk kembali beraksi.

Fikiran agak berceleru lantaran memikirkan kertas UPSR murid-murid tahun 6 yang terpaksa diulang kerana kebocoran seperti yang diumumkan Kementerian Pelajaran Malaysia. Emosi anak didik perlu dijaga dan didampingi agar mereka tidak kecewa.Disusuli pula faktor kesihatan keluarga.

Berita aktiviti rakan-rakan tidak dikesampingkan sama sekali.Berikut saya paparkan antara hasil pancingan rakan-rakan yang mencipta sejarah dan rekod baharu di lokasi dan mungkin juga di seluruh gugusan FELDA Besout jika tidak sebelumnya, mungkin pada tahun 2014 ini.

Menurut sumber (RPj Cik Li) tangkapan (kelabau) ini di perolehi sekitar tiga hari sebelum cuti sekolah bermula.Di daratkan oleh penjoran tegar RPj Hairi Karnain di lokasi biasa "Corner S" sungai Ladang Ulu Basir. Pertarungan yang memakan masa hampir 40 minit setelah dua perambut berumpan sawit putus sebelum ini.

Apapun, tahniah diucapkan kepada RPj Hairi kerana memadamkan rekod pendaratan kelabau Ulu Basir dalam kalangan rakan-rakan.

Tangkapan lain pada hari yang sama.

Juragan Nizam, Ali Burger bagaimana? Ada Bran?
Viewing all 124 articles
Browse latest View live